BERUBAH 360 darjah. Begitulah kisahnya mengenai model jelita dari Brazil, Gloria 'Glorinha' de Paula, 25, yang kini bergelar peninju UFC. Menurut Glorinha, dia sanggup meninggalkan kerjaya asalnya itu demi mengejar impian sebagai peninju. Pada 13 Mac lalu, dia berhadapan dengan peninju Korea-Amerika Jinh Yu Frey, 35, di Nevada, Amerika Syarikat. Biarpun kalah, dia mengakui gembira dengan kerjaya baharunya itu. Mengenai dirinya, Glorinha yang juga anak kepada pasangan jurufoto mula menjadi model sejak kecil lagi. Pada usia 17 tahun, dia mula mengikuti kelas Muay Thai. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!