suria

Belum sembuh sepenuhnya, bekas wanita simpanan ugut keluarkan buku mengenai skandal dengan Tiger Woods

Da wanita mendakwa akan mengeluarkan buku mengenai kisah sensasi skandal mereka bersama Woods tidak lama lagi. Foto: Getty.

KISAH pemain golf sensasi, Tiger Woods yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini ternyata mengejutkan ramai peminat.

Terbaharu, bekas perempuan simpanan pemain golf itu meluahkan hasrat untuk mengeluarkan sebuah buku berkisar mengenai skandal lama mereka.

Bukan seorang, sebaliknya dua wanita mendakwa akan mengeluarkan buku mengenai kisah sensasi itu.

Malah, Jamie Jungers dan Rachel Uchitel dijangka mengeluarkan dua buku berasingan untuk bercerita mengenai pengalaman mereka.

Untuk rekod, Woods, 45 tahun, memandu kereta kenderaan utiliti sukan (SUV) berseorangan, sebelum terbabit dalam nahas di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Ketika kejadian, beliau memandu dalam perjalanan ke padang golf di Los Angeles, untuk satu penggambaran.

Woods dikejarkan ke hospital berdekatan, Pusat Perubatan Harbour-UCL, yang mana beliau turut menjalani pembedahan bagi merawat beberapa kecederaan di kaki. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain