AKTOR Jamie Foxx akan membintangi siri televisyen biografi yang mengisahkan kehidupan legenda peninju, Mike Tyson. Siri televisyen berjudul 'Tyson' diterbitkan bersama oleh Tyson sendiri serta Foxx, Antoine Fuqua dan Martin Scorsese. Pembikinan siri ini telah dimulakan beberapa tahun lalu. Ia pada awalnya diumumkan sebagai 'feature film' pada tahun 2014 dan akan menyaksikan pemenang anugerah Oscar, Foxx melakonkan watak Tyson dengan Terence Winter menulis skrip. Bagaimanapun, peranan penulisan skrip diamanahkan kepada Colin Preston dan sedang dalam proses menulis skrip penuh. "Saya sudah lama mahu menceritakan kisah hidup saya," kata legenda peninju berusia 54 tahun itu. "Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Martin, Antoine, Jamie dan keseluruhan pasukan kreatif untuk membawa siri ini kepada penonton. Ia bukan saja mengenai kisah perjalanan karier profesional dan peribadi saya, tetapi juga memberi inspirasi dan hiburan," katanya lagi. - Foxnews.com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!