suria

“Ia perlawanan yang gila” - Axelsen titip ucapan tahniah, puji kehebatan Zii Jia

Zii Jia (baju merah) menonjolkan aksi terbaik sehingga mengecewakan pemain Denmark, Viktor Axelsen (baju putih) dalam pertempuran epik selama 74 minit. (Photo by Adrian DENNIS/ AFP)

KELAHIRAN bintang baharu.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kejayaan pemain nombor 10 dunia, Lee Zii Jia yang menjuarai kejohanan All England di Birmingham pada Ahad malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Lee Zii Jia juara All England 2021

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal badminton ketika usia 6 tahun, ketahui fakta menarik juara All England Lee Zii Jia

Pemain berusia 22 tahun dari Malaysia itu menonjolkan aksi terbaik sehingga mengecewakan pemain Denmark, Viktor Axelsen dengan keputusan 30-29,29-20, dan 21-9 dalam pertempuran epik selama 74 minit.

Zii Jia menjadi individu keenam di negara ini yang telah mencapai prestasi itu, meneruskan legasi yang diturunkan oleh Wong Peng Soon (1950,1951,1952,1955), Eddy Choong (1953,1954,1956,1957), Tan Aik Huang (1966), Hafiz Hashim (2003) dan Lee Chong Wei (2010,2011,2014,2017).

Seteru Zii Jia dalam perlawanan itu, Axelsen turut tidak berhenti-henti memujinya.

"Ia perlawanan yang gila. Sangat tipis. Permainan pertama cukup penting, saya fikir, saya menggunakan banyak tenaga dan mungkin akan menang sekiranya saya mahu merebut kejuaraan hari ini.

""Saya fikir Zii Jia bermain dengan baik dalam mata penting hari ini, dan kadang-kadang saya terlalu cuai.

"Dia pemenang yang sah hari ini. Saya ingin ucapkan tahniah kepadanya, ” kata Axelsen. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain