MAJORITI pengantin pastinya akan menggayakan pakaian yang istimewa pada hari bahagia mereka. Namun, lain pula ceritanya melibatkan penjaga gol pasukan Real Madrid, Andrey Lumin yang baru sahaja mendirikan rumah tangga Jumaat lalu. Pemain berusia 22 tahun itu mengakhiri zaman bujang dengan tunangnya, Anastasia Tamazova dalam satu upacara serba ringkas di Madrid, Sepanyol. Paling mencuri tumpuan tentunya kedua-dua mempelai yang sekadar menggayakan pakaian sukan. Malah, pemain itu turut berkongsi foto berkenaan di laman Instagram. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!