JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mencipta rekod apabila memenangi final badminton All England di Birmingham pada Ahad malam. Perlawanan melibatkan Zii Jia, 23, dengan pemain dari Denmark, Viktor Axelson, berkesudahan dengan keputusan 30-29,20-22 dan 21-9. Zii Jia meraih kemenangan All England pertamanya sejak kali terakhir ia dimenangi oleh Datuk Wira Lee Chong Wei pada 2017. Terdahulu, Zii Jia mencipta kejutan apabila menewaskan pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota pada aksi suku akhir pada Jumaat. - The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!