PENINJU Lee Noble meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat kanser otak terminal pada awal pagi Isnin. Dia sebelum ini pernah didiagnos menghidap leukemia pada tahun 2014. Ahli keluarga dan rakan-rakan turut berada disisi Noble sewaktu dia menghembuskan nafas terakhir di Sheffield, England. Sepanjang kerjayanya, Noble pernah bertempur dengan nama-nama besar seperti Billy Joe Saunders, John Ryder dan Martin Murray. Noble mencatat kemenangan profesional terakhir pada tahun 2014. Pada Ogos tahun lalu, dia mengumumkan rawatan kansernya telah tamat dan berikrar terus kuat melawan penyakit itu. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup