suria

Ahli bina badan cedera ketika angkat berat, detik ngeri otot dada terkoyak jelas kelihatan dalam rakaman video

Crowley cedera selepas melakukan 'bench press' dengan mengangkat alat angkat berat 220kg. Foto: Instagram

MENGERIKAN! Seorang ahli bina badan mengalami kecederaan pada otot di bahagian dada selepas cuba mengangkat alat pemberat (bench press) seberat 220 kilogram (kg) di sebuah gimnasium.

Ketika kejadian minggu lalu itu, Ryan Crowley dari Yateley, Hampshire, sedang berlatih dengan seorang jurulatih angkat berat, Larry Wheels di sebuah gimnasium di Dubai.

Pada mulanya mereka hanya menggunakan pemberat 180 kg sebelum menambah berat cakera lagi 40 kg.

Dalam video yang dimuat naik oleh Wheels di Instagram, kelihatan Crowley yang berbaring sedang cuba mengangkat alat pemberat berkenaan.

Beberapa saat kemudian, tendon di bahagian dadanya terkoyak dan ia kelihatan jelas di dalam video berkenaan.

Crowley serta-merta mengerang kesakitan dan terus terjatuh daripada bangku, sebelum video berkenaan dipotong.

Sementara itu dalam perkongsian berasingan, Wheels turut memuat naik gambar kecederaan di dada Crowley.

Selepas insiden itu, Wheels menubuhkan dana menerusi saluran GoFundMe bagi membiayai kos rawatan ahli bina badan berusia 23 tahun itu.

Peminat kemudian tampil menyumbang sehingga berjaya mengumpulkan dana lebih daripada $38,000 (RM157,567.00) bagi membiayai kos pembedahannya.- Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain