suria

Mengamuk ketika aksi menentang Serbia, Ronaldo mungkin berdepan hukuman daripada Fifa

Ronaldo mengamuk selepas jaringannya ketika menentang Serbia dinafikan. Foto: Getty Images

CRISTIANO Ronaldo mungkin berdepan hukuman daripada Fifa ekoran tindakan 'keterlaluannya' di atas padang ketika perlawanan menentang Serbia, Sabtu lalu.

Kapten skuad Portugal itu mengamuk selepas jaringannya pada minit akhir permainan dinafikan.

Jika jaringan itu diambil kira, ia bakal memberi kemenangan 3-2 kepada Portugal.

Namun, Portugal sekadar terikat 2-2 dengan Serbia dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia.

Apa yang membuatkan Ronaldo bertambah kecewa adalah apabila tiada penggunaan teknologi jaringan gol (goal-line technology) pada aksi tersebut.

Ini sekaligus menyaksikan bintang Juventus itu menjerit kepada pembantu pengadil sebelum mencampak lilitan kapten dan terus meninggalkan padang.

Menurut Corriere dello Sport, Ronaldo mungkin berdepan hukuman dari Fifa jika mereka menyifatkan tindakan itu 'menyinggung ataupun satu bentuk keganasan'.

Artikel 11 dalam Kod Disiplin menjelaskan, 'persatuan atau pasukan, termasuklah pemain, pegawai atau mana-mana ahli yang bertugas mesti mematuhi Undang Undang Bolasepak, Statut Fifa dan peraturan, arahan, garis panduan, notis dan keputusan Fifa, serta mematuhi prinsip fair play, kesetiaan dan integriti.'

Bagaimanapun, belum dipastikan sama ada Ronaldo melanggar undang undang Artikel 11. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain