KYLIAN Mbappe berkata dia mungkin meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk menghindari kritikan 'memenatkan' yang dihadapinya daripada media Perancis. Bintang berusia 22 tahun itu percaya dia mendapat 'layanan' berbeza berbanding rakan sepasukannya dalam skuad kendalian Dider Deschamps. Mbappe juga mendakwa masih tiada sebarang perkembangan mengenai kontraknya bersama PSG yang akan berakhir pada musim panas 2022. Mbappe meluahkan perasaan dalam satu wawancara selepas kemenangan tipis 1-0 Perancis ke atas Bosnia, Rabu lalu. "Sudah tentu kritikan ini memenatkan terutamanya ketika anda beraksi dengan pasukan di negara anda dan anda berikan segalanya untuk pasukan. "Pada akhirnya, semua ini memenatkan. Beraksi untuk Perancis berbeza kepada pemain yang datang dari luar negara. "Saya di sini sepanjang masa, beraksi untuk PSG dan skuad Perancis. Ia konteks berbeza dan saya tahu situasinya ketika sejak awal bersama kelab. Kita tunggu sahaja. "Adakah ini akan pengaruhi keputusan saya untuk kekal di PSG pada musim panas? Sudah tentu. "Tetapi bukan setakat itu sahaja. Paling penting apabila anda berasa selesa dan bagus di mana sahaja anda berada dan seronok setiap hari," katanya. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!