suria

Real Madrid dan Barcelona bersaing dapatkan khidmat Haaland

Haaland sedang diintai Real Madrid dan Barcelona bagi mendapatkan khidmatnya.

DUA kelab gergasi Eropah, Barcelona dan Real Madrid akan mengadakan perbincangan dengan wakil Erling Haaland yang merupakan bintang Borussia Dortmund.

Wakil-wakil Haaland telah mengunjungi Barcelona dan Madrid untuk berbincang mengenai hal perpindahannya.

Haaland mempunyai baki kontrak dengan Borussia Dortmund hingga 2024, dengan klausa pelepasan €75 juta (£66 juta) yang dilaporkan akan berkuatkuasa pada musim panas 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Penat hadap kritikan, Mbappe mahu tinggalkan PSG?

Ejen Mino Raiola dan Alf Inge serta bapa kepada pemain penyerang itu sudah pun mendarat di Barcelona untuk berjumpa dengan Joan Laporta, yang terpilih menjadi presiden Barcelona bulan lalu.

Raiola dan Inge kemudiannya terbang ke ibu kota Sepanyol untuk perbincangan lebih lanjut bersama Real Madrid.

Rundingan tersebut meningkatkan spekulasi mengenai masa depan Haaland, walaupun tidak jelas bagaimana Barcelona akan membiayai perjanjian dengan kelab tersebut kerana masih bergelut dengan hutang yang mana sebahagian besarnya disebabkan oleh wabak koronavirus.

Gelagat Haaland yang sedang meraikan jaringan yang dijaringkan olehnya

.Sejumlah kelab ternama telah dikaitkan dengan perpindahan pemain Norway berusia 20 tahun tersebut, termasuk Manchester City.

Manchester City juga dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang sensasi itu.

Haaland telah menjadi salah satu nama terbesar di Eropah setelah menjaringkan 48 gol dalam 48 perlawanan pertama untuk pasukan Bundesliga, setelah berpindah dari Red Bull Salzburg dengan hanya £17 juta pada akhir tahun 2019. -skysports

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain