SEORANG pencuri kereta membuat kesilapan besar apabila cuba mencuri kenderaan milik jaguh tinju heavyweight UFC, Derrick Lewis. Lewis, yang disebut-sebut sebagai lawan Francis Ngannou seterusnya untuk gelaran itu, menumbuk pencuri itu yang cuba memecah masuk keretanya. Dia kemudian menghubungi polis Houston, untuk menahan pencuri itu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Malangnya, pencuri berkenaan bukan sahaja melakukan kesalahan malah menjadikan seorang jaguh tinju sebagai mangsa. Lewis memuat naik susulan kejadian itu di laman Instagram milik beliau. Rakaman menunjukkan suspek dibawa masuk ke sebuah kereta peronda polis, sebelum mengalihkan kepada kerosakan pintu kereta Lewis dengan kesan calar atas cubaan mencuri. - Mail Online Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!