TUJUH pegawai perubatan sedang disiasat kerana didakwa terlibat dalam rancangan pembunuhan legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona pada November lalu. Pejabat pendakwa raya di Argentina memohon kepada hakim agar tujuh individu berkenaan tidak dibenarkan keluar dari negara itu. Tujuh individu berkenaan termasuk pakar bedah Maradona, Leopaldo Luque; pakar psikiatri, Agustina Cosachov dan pakar psikologi, Carloz Diaz. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun jika didapati bersalah. Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun kerana serangan jantung di kediamannya di Tigre, Buenos Aires pada 25 November tahun lalu. Dua minggu sebelum kematiannya, dia baharu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otak. - SI.Com Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!