BINTANG Manchester City, Sergio Aguero bersetuju dengan perjanjian selama dua tahun bersama Barcelona. Menurut beberapa laporan, beliau akan menyertai kelab gergasi Sepanyol itu sebaik kontraknya di Manchester City berakhir bulan ini. Pemain berusia 32 tahun itu akan meninggalkan Stadium Etihad setelah perlawanan final Liga Juara-Juara Manchester City menentang Chelsea pada 29 Mei ini. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Laporan The Guardian mendakwa pemain kelahiran Argentina itu telah bersetuju dengan kontrak selama dua tahun bersama kelab La Liga. Barcelona merupakan kelab pilihan Aguero dan beliau akan menerima bonus sekiranya Manchester City memenangi Liga Juara-Juara. - Mail Online Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!