suria

Ikut jejak Ronaldo, Beckham... Raphael Varane bakal jadi pemain ke-9 wakili Real Madrid, Manchester United

Gambar fail Raphael Varane dalam perlawanan Real Madrid. foto AP

RAPHEL Varane bakal menjadi pemain bola sepak kesembilan bermain untuk Manchester United dan Real Madrid menjelang perpindahannya bernilai £42 juta (RM247 juta) ke Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 28 tahun itu mengesahkan perpindahan tersebut akhir minggu lalu setelah menghantar pesanan perpisahan kepada kelas gergasi LaLiga Madrid di Instagramnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya di atas 10 tahun yang mengagumkan bersama kelab itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Varane menjadi sasaran jangka panjang untuk kelab di Old Trafford dan kini akan bergabung dengan beberapa nama terkenal untuk mewakili Real Madrid dan Manchester United.

Cristiano Ronaldo dan David Beckham merupakan antara nama-nama pemain berprofil tinggi.

Namun, bukan kesemua pemain berjaya di kedua-dua kelab terkemuka itu.

Selain Ronaldo dan Beckham, pemain lain yang pernah berkhidmat untuk Real Madrid dan Manchester United adalah Gabriel Heinze, Angel Di Maria, Laurie Cunningham, Ruud Van Nistelrooy, Michael Owen dan Javier Hernandez. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain