suria

Kayuhan Azizulhasni, Shah Firdaus layak ke pusingan seterusnya

Azizulhasni menamatkan pusingan kelayakan dengan mencatatkan 9.626 saat. Kredit foto: BERNAMA

ATLET berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom masing-masing menamatkan pusingan kelayakan pada kedudukan ke-12 dan ke-17 sekali gus mengesahkan slot untuk beraksi pada perlumbaan pusingan pertama di Izu Velodrome, pada Rabu.

Terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman, Azizulhasni menamatkan pusingan kelayakan dengan mencatatkan 9.626 saat manakala Muhammad Shah Firdaus mencatatkan 9.700 saat bagi mengiringi 23 pelumba lain untuk beraksi di perlumbaan pusingan pertama nanti.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland, mencatatkan rekod baru Olimpik dengan catatan 9.215 saat bagi mengatasi catatan masa 9.306 saat yang dicatatkan pelumba Great Britain, Jack Carlin sebelum itu.

Carlin sebelum itu mencatatkan masa 9.306 saat bagi memadamkan rekod pelumba berpengalaman juga dari Great Britain, Jason Kenny, yang mencatatkan masa 9.551 saat di Olimpik Rio pada 2016. -Sinar Harian