HARAPAN atlet terjun negara, Pandelela Rinong untuk meraih pingat acara 10 meter (m) Platform Individu Wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-12. Ratu terjun negara berusia 28 tahun itu memulakan terjunan pertamanya dengan persembahan yang kurang kemas sekaligus hanya mampu meraih 18 mata. ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik 2020: Pandelela mara ke final Pandelela kemudian merekodkan 71.05 mata untuk terjunan kedua, 60.80 mata untuk terjunan ketiga, 52.80 mata (keempat) dan 43.20 mata (kelima). [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dalam acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo itu, Pandelela mengumpul 245.85 mata keseluruhan sekali gus berada di tempat terakhir. Acara berkenaan dikuasai oleh penerjun China, Quan Hongchan yang meraih pingat emas (466.20 mata) dan Chen Yuxi yang meraih pingat perak (425.40 mata). Atlet dari Australia Mellisa Wu pula meraih pingat gangsa dengan 371.40 mata. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!