suria

Olimpik 2020: Penerjun wanita Kanada raih pungutan mata 0.0

Pamela Ware meraih pungutan mata 0.0 ketika percubaan terakhirnya dalam acara papan anjal wanita tiga meter.

PENERJUN Kanada, Pamela Ware meraih pungutan mata 0.0 ketika percubaan terakhirnya dalam acara papan anjal wanita tiga meter (m) menerusi Olimpik Tokyo.

Atlet berusia 28 tahun itu membuat kemunculan pertama di Olimpik kali ini dan pernah meraih pingat gangsa ketika Kejohanan Akuatik Dunia 2013.

Menurut atlet itu, dia mengakui risau sekiranya percubaan dia membuat terjunan difficulty 3.5 itu akan menyebabkan dia mengalami kecederaan.

Akhirnya, terjunan terakhir itu menyebabkan dia meraih pungutan mata 0.0.

Katanya, dia bangga dengan apa yang diraih setakat ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malah, dia mengakui dia sekadar insan biasa yang tak lari melakukan kesilapan.

"Saya bangga sebab dah buat hampir semuanya untuk berada pada tahap ini dan saya manusia, saya juga buat silap," ujarnya. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain