suria

Shah Firdaus dikejarkan ke hospital, mungkin alami patah rusuk

Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, dikejarkan ke Hospital Universiti Juntendo, Shizouka, selepas acara repechage. - Kredit Astro Arena

PELUMBA muda negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom berkemungkinan mengalami patah tulang rusuk akibat daripada kemalangan di pusingan pertama acara Keirin.

Khabar duka tersebut disampaikan Anggota Pengurusan Eksekutif UCI Datuk Amarjit Singh serta dikongsikan di laman Facebook Team Malaysia.

"Shah Firdaus mungkin mengalami patah tulang rusuk dan telah dikejarkan ke hospital akibat kemalangan di pusingan pertama Keirin tadi menurut Datuk Amarjit Singh (UCI Management Comittee Member).

"Semoga semua urusan Shah dipermudahkan," tulis mereka di Facebook.

Shah Firdaus terdahulu mengalami kecederaan apabila terjatuh setelah diasak pemain lain ketika berlumba di pusingan pertama.

Dia bagaimanapun berjaya mengatasi kesakitannya untuk bangkit memenangi tempat ke dua di cabaran repechage seterusnya mengiringi jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.

Azizulhasni yang digelar The Pocket Rocketman mendapat tempat pertama di pusingan pertama heat ketiga.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain