suria

Kane bikin Nuno pening kepala

Nuno berdepan situasi sukar untuk lulus ujian sulung selaku pengendali baharu Spurs. — AGENSI.

PENYERANG Tottenham Hotspur, Harry Kane seolah-olah memainkan watak selaku 'pengacau daun' yang bakal merencat percaturan Nuno Espírito Santo apabila didakwa enggan diturunkan ketika berdepan juara bertahan Liga Perdana England, Manchester City dalam aksi pembuka tirai liga Ahad ini.

Penyerang antarabangsa England itu sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan kehadiran Nuno sebagai pengurus baharu Spurs.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan pelik EPL...Tak perlu tunjuk bukti ujian Covid-19, status vaksin bila masuk stadium

Pada masa sama, Kane juga dilaporkan tidak gembira untuk kekal di Stadium Tottenham Hotspur selain dikaitkan untuk berhijrah ke The Citizens sebelum jendela perpindahan pemain ditutup.

Jika Kane enggan beraksi, Nuno terpaksa merangka pilihan lain untuk lulus ujian sulungnya berdepan City nanti selepas menggantikan Jose Mourinho yang dipecat.

Kane

Harry Kane dilaporkan enggan diturunkan ketika berdepan City dalam aksi pembuka tirai EPL Ahad ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, Kane mula menimbulkan masalah dan sengaja mencari pasal apabila lewat melaporkan diri dalam kem latihan pasukan.

Namun setelah teruk dicemuh peminat, Kane akhirnya tampil mempertahankan dirinya dan bertegas akan tetap bersikap profesional di sebalik kontroversi itu. – tbrfootball

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Spurs, Kane, EPL

Artikel Lain