suria

Wajah-wajah yang gagal menyinar ketika bersama PSG

David Luiz merupakan antara pembelian terburuk yang pernah dilakukan PSG. — AGENSI.

KELAB bola sepak terkemuka Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) tidak boleh dinafikan sebagai salah sebuah pasukan yang paling mencuri tumpuan memburu pemain baharu berkelas dunia setiap kali musim jendela perpindahan pemain tiba.

Dengan kuasa wang yang dimiliki pemilik kelab dari Qatar, lihat saja transaksi yang sudah pun dilakukan ketika mendapatkan khidmat Neymar dan Kylian Mbappe sebelum ini.

Di sebalik kejayaan kelab itu merekrut pemain terbaik dunia, Lionel Messi yang melengkapkan perpindahan mega ke Stadium Parc des Princes semalam, sejarah bagaimanapun tidak pernah menipu betapa PSG juga pernah dihimpit perasaan kecewa dalam urusan pembelian pemain sebelum ini.

Ini kerana kelab itu pernah berdepan kesilapan besar apabila membayar harga yang terlalu mahal terhadap pemain yang dilabel biasa-biasa saja.

Berikut merupakan antara 10 perpindahan terburuk pernah dibuat PSG setakat ini:

ben arfa

Hatem Ben Arfa (2016)

Pemain ini berhijrah dari Nice secara percuma namun gagal menyesuaikan diri. Kemelut dalaman turut berlaku hingga dia terpaksa berlatih bersendirian sepanjang musim 2017/18.

Buffon

Gianluigi Buffon (2018)

Pemain ini juga menyertai pasukan sebagai ejen bebas dan hadir selaku salah seorang penjaga gol terbaik sepanjang zaman. Namun Buffon jelas kurang gembira sepanjang musim 2018/19 di Stadium Parc des Princes.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan pelik EPL...Tak perlu tunjuk bukti ujian Covid-19, status vaksin bila masuk stadium

Julian Draxler

Julian Draxler (2017)

Keputusan merekrut pemain ini diharap mampu mengubah kariernya. Walaupun berjaya tampil dengan permulaan hebat meledak 10 gol dalam 25 perlawanan, Draxler jelas gagal mempertahankan prestasinya sebelum dijangka dijual dalam masa terdekat bagi mengimbangi struktur gaji pasukan setelah kehadiran Messi.

Goncalo Guedes

Goncalo Guedes (2017)

Pada awalnya PSG yakin sudah menandatangani salah seorang prospek terbaik tetapi jelas kelab itu hanya membayar sejumlah wang yang sia-sia selepas pemain itu langsung tidak menghadirkan impak.

Jese

Jese (2016)

Perpindahannya dilihat sebagai antara yang terburuk pernah dibuat PSG. Kariernya sering dihimpit dengan masalah kecederaan jangka masa panjang.

Thilo Kehrer

Thilo Kehrer (2018)

Ketika menandatangani kontrak bersama PSG, pemain ini dianggap salah seorang bakat yang luar biasa dalam bola sepak Jerman. Cuma selepas tiga tahun, cerita itu menjadi sebaliknya

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mateja Kezman

Mateja Kezman (2009)

Di awal kemuncak prestasinya, Kezman terkenal dengan kejayaan bersama beberapa pasukan utama di Eropah termasuk Chelsea namun segala-galanya serba tidak menjadi ketika dia bersama PSG.

Grzegorz Krychowiak

Grzegorz Krychowiak (2016)

Musim 2016/17 jelas menjadi tahun paling mengerikan dalam sejarah perpindahan pemain buat PSG. Selain Julian Draxler, Jese dan Goncalo Guedes, Krychowiak turut menambah perit kepada poket perbelanjaan kelab.

Andre Luiz

Andre Luiz (2002)

Keputusan untuk menandatangani pemain ini disifatkan sebagai malapetaka buat PSG. Selepas cemerlang ketika dipinjamkan kepada Marseille, kelab menjangkan pemain ini mampu menyinar bersama Ronaldinho namun hasilnya agak menyedihkan.

David Luiz

David Luiz (2014)

Ini merupakan contoh terbaik dalam sejarah terburuk pembelian pemain oleh PSG. Ini kerana walaupun prestasi Luiz tidaklah seteruk mana, namun jumlah kos yang dibelanjakan untuk membawa masuk pemain ini cukup mahal dan memecah rekod perpindahan pemain termahal dunia dengan £50 juta (RM294 juta). Paling melucukan, perbelanjaan besar itu juga tidak berbaloi apabila Luiz kembali menyertai Chelsea dua tahun kemudian dengan harga yang lebih murah iaitu £34 juta (RM199 juta). - footballtransfers.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Sebelum

Artikel Lain