BERIKUTAN konflik yang kian meruncing di Afghanistan, atlet sukan wanita di negara tersebut digesa supaya memadam akaun media sosial dan membakar jersi mereka. Gesaan tersebut dilontarkan oleh bekas kapten pasukan bola sepak Afghanistan, Khalida Popal. "Hari ini, saya menghubungi mereka dan menyuruh memadamkan identiti, membakar foto mereka untuk tujuan keselamatan. Malahan, saya menyuruh mereka membakar atau membuang uniform pasukan kebangsaan," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat penumpang terhempas di Afghanistan ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19, situasi dunia beri tekanan mental buat Naomi Osaka Selain itu, satu sumber yang rapat dengan persekutuan berbasikal Afghanistan turut mengeluarkan amaran sama. Mereka menyuruh atlet berbasikal wanita duduk di rumah dan tidak memuat naik apa-apa di media sosial. "Ketika ini, mereka selamat tetapi jangkaan saya dalam tempoh beberapa bulan lagi, seperti satu atau dua bulan, saya yakin tiada siapa akan jamin keselamatan mereka. "Kebebasan yang mereka miliki untuk menunggang basikal menjadi mustahil. Mereka terkejut dan takut," kata sumber tersebut. Atlet basikal wanita Afghanistan yang berdepan serangan dan penghinaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini pernah menyuarakan kebimbangan sekiranya Taliban mengambil alih negara itu. "Saya berdoa agar negara ini menjadi tempat yang selamat bagi wanita seperti kami, terutamanya agar kami dapat menunggang basikal di jalanan. "Tetapi saya yakin bahawa Taliban tidak akan membenarkan wanita belajar, bekerja dan mempunyai pekerjaan. Jadi bagaimana mereka akan membenarkan kami berbasikal?"Saya cukup yakin mereka tidak membenarkan kami, mereka hanya akan menembak kami," kata salah seorang atlet yang enggan mendedahkan identitinya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Sewaktu Taliban memerintah negara berkenaan antara 1996 dan 2001, wanita tidak dibenarkan bekerja dan kanak-kanak perempuan dilarang ke sekolah serta bersukan. Wanita juga diarah memakai burqa dan hanya boleh ditemani oleh saudara lelaki ketika keluar. - The Guardian Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!