CHELSEA tidak berniat untuk menjual Timo Werner meskipun bintang The Blues itu dikecam teruk peminat gara-gara persembahan hambar dan ketandusan sentuhan penyudah di depan gawang lawan. Masa depan penyerang Jerman itu di Stamford Bridge mula diperdebatkan peminat apabila bakal menghadapi persaingan baharu di jentera depan Chelsea dengan kehadiran Romelu Lukaku dengan harga 97.5 juta pound (RM567 juta). Pada sesi latihan terbuka Chelsea semalam, Werner teruk 'diboo' peminat, sekali gus memalukan pemain itu. ARTIKEL BERKAITAN: Tuchel tunjukkan tiga tonggak Chelsea, jalan keluar buat selama-lamanya dari Stamford Bridge Keadaan menjadi semakin tegang apabila salah seorang peminat tiba-tiba menjerit dari tepi padang latihan dan mendesak pihak pengurusan Chelsea supaya segera menjual Werner. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Dengar sini semua, tolong keluarkan Werner dari Chelsea," kata peminat itu, menurut laporan Daily Star. Begitupun, seorang lagi peminat yang berang dengan tindakan itu kemudiannya menjerit: "Anda keluar! Anda ingat anda siapa?" jerkahnya. Untuk rekod, The Blues membeli Werner dari RB Leipzig musim panas lalu tetapi penyerang Jerman itu tampak bergelut pada musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris (EPL). Ia terbukti apabila Werner sekadar menjaringkan 12 gol dan 15 bantuan jaringan (assist) dalam 52 penampilannya bersama Chelsea setakat ini. Dalam aksi EPL berdepan Arsenal di tempat lawan Ahad ini, Werner dijangka direhatkan pengendali The Blues, Thomas Tuchel bagi memberi laluan kepada Lukaku membuat debut pertama dalam penampilan semulanya bersama Chelsea. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!