BEKAS penyerang Liverpool, Peter Crouch mengecam pengkritik skuad Jurgen Klopp yang menggesa agar pasukan itu membeli lagi pemain bagi memantapkan skuad The Reds itu, Skuad kendalian Jorgen Klopp itu setakat ini menang kedua-dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) termasuk kemenangan terbaru pada Sabtu menewaskan Burnely 2-0. Bagaimanapun memetik laporan DailyStar, sesetengah penyokong juara musim 2019/2021 itu meluahkan kekecewaan ekoran tiada pemain berstatus bintang tiba di Merseyside pada musim perpindahan kali ini ARTIKEL BERKAITAN: Chelsea hilang khidmat Pulisic, bakal beri kelebihan buat Arsenal? Tetapi Crouch membidas sikap segelintiri penyokong yang mahu Klopp berbelanja membeli pemain baharu seperti kelab besar yang lain.Malah dia mengakui Liverpool lebih cenderung untuk mengelak berbelanja besar mendapatkan pemain ternama."Jika seorang pemain seperti Romelo Lukaku atau Raphael Varane datang, kita akan kata (Liverpool) berpeluang memenangi liga."Tetapi hakikatnya (Liverpool) tidak membeli pemain berstatus bintang, mungkin kita fikir mereka (kelab) tidak mahu."Tetapi skuad ini memiliki kemampuan yang akan menjadi perbualan pada akhir musim, "Perkara sama berlaku kepada Mohamed Salah, dia adalah permata yang belum digilap ketika dia datang ke sini. Mereka (penyokong) juga anggap Mane terlalu banyak bermain. "Ada pemain yang meningkatkan kemampuan diri dan itu asasnya di kelab ini,” tambah Crounch. Liverpool hanya membeli pemain tengah RB Leipzig, Ibrahima Konate dengan harga 36 juta pound pada musim perpindahan kali ini tetapi penyokong mahu Klopp mendapatkan lebih banyak pemain terbaik untuk membolehkan kelab itu mencabar kejuaraan liga. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI