suria

Miliki 13 kereta termasuk Ferrari bernilai RM143 juta, Messi ungguli senarai atlet punyai koleksi kereta termahal

Salah satu koleksi Messi adalah Ferrari yang berharga £25 juta (RM143 juta).  

PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi menjadi bintang sukan yang mempunyai koleksi kereta termahal di dunia, termasuk sebuah Ferrari yang berharga £25 juta (RM143 juta).

Hasil penyelidikan ManySpins.com terhadap 50 atlet dengan gaji termahal di dunia, berdasarkan senarai individu terkaya 2021 oleh majalah Forbes, Messi mendahului tangga pertama dalam senarai ahli sukan yang mempunyai koleksi kereta termahal.

Koleksi Messi kini terdiri daripada 13 buah kereta, dengan nilai keseluruhan £28,169,068 (RM161,877,255) sekaligus mendahului Cristiano Ronaldo yang jatuh pada tangga kedua.

Penyerang Portugal itu memiliki 19 kenderaan dengan nilai keseluruhan lebih dari £18 juta (RM103 juta), sementara bintang Formula 1 (F1) Lewis Hamilton yang mempunyai sembilan kereta bernilai £12.4 (RM71.26 juta) menduduki tangga ketiga.

Peninju Saul 'Canelo' Alvarez dan rakan sepasukan kelab Messi di PSG, Neymar melengkapkan senarai Top 5 bintang sukan yang mempunyai koleksi kereta termahal. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain