suria

Keluarga jalani terapi, kemalangan ski Michael Schumacher bawa impak besar dalam kehidupan

Schumacher bersara pada 2012 sebelum terlibat dengan kemalangan ski pada 2013. Foto: PA.

KEMALANGAN ski yang menimpa legenda Formula 1 (F1) Michael Schumacher pada 2013 turut memberi kesan buat keluarganya.

Kata Corinna Schumacher, dia terpaksa menjalani terapi kerana terkesan emosi selepas suaminya itu terlantar sakit akibat insiden berkenaan.

Selain Corinna, anak-anaknya turut menjalani terapi bagi berhadapan dengan impak kejadian itu terhadap emosi mereka sekeluarga.

"Kami tinggal bersama di rumah. Kami buat terapi. Kalu buat apa sahaja untuk beri keselesaan kepada Michael. Kami nak dia rasa ikatan keluarga ini.

"Saya akan buat apa sahaja semampu saya. Kami sebagai keluarga masih lagi mencuba untuk meneruskan kehidupan," kata Corinna.

Pendedahan itu dibuat menerusi dokumentarai baharu yang disiarkan di platform penstriman Netflix.

Kata Corinna, dokumentara itu bukan sahaja penuh dengan emosi, namun cukup istimewa buat sesiapa sahaja yang menontonnya.

Untuk rekod, Schumacher bersara pada 2012 sebelum terlibat dengan kemalangan ski pada 2013. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain