suria

Alami masalah jantung, Kingsley Coman selamat jalani pembedahan

Kingsley Coman dijangka kembali berlatih dalam masa dua minggu selepas pembedahan tersebut.

PEMAIN sayap Bayern Munich, Kingsley Coman telah menjalani pembedahan untuk memperbaiki degupan jantung yang tidak teratur, kata juara Jerman itu pada hari Jumaat.

Menurut jurulatih Julian Nagelsmann, pemain antarabangsa Perancis berusia 25 tahun itu dijangka kembali menjalani latihan dalam masa dua minggu.

"Dia mengalami degupan jantung yang tidak teratur dan gangguan pada jantung. Kami melakukan ECG jangka panjang dan menjalankan operasi ini.

"Dia baik-baik saja dan mengalami sedikit luka. Coman akan dapat memulai dengan latihan pemulihan sebaik sahaja lukanya sembuh dankembali menjalani latihan penuh dalam masa kurang daripada dua minggu," katanya.

Coman tidak akan beraksi dalam dua perlawanan Bundesliga berikutnya menentang Bochum dan Greuther Fuerth dan tampil dalam pertembungan Bayern seterusnya Liga Juara-Juara dengan Dynamo Kiev.

Walaupun ada kebimbangan mengenai kesihatan jantung pemain berikutan serangan jantung pemain tengah Denmark, Christian Eriksen di Kejuaraan Eropah pada musim panas, Nagelsmann berminat untuk tidak membesar-besarkan keadaan Coman. -NDTV

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain