suria

Pele berada dalam keadaan stabil dan positif

KELY Nascimento berkongsi gambar yang menunjukkan Pele berada dalam keadaan baik dan sudah mampu tersenyum. — Instagram

LEGENDA Brazil, Pele berada dalam situasi baik selepas dimasukkan semula ke hospital, kata anak perempuannya, Kely Nascimento.

Awal minggu ini, bekas pemain berusia 80 tahun itu dibenarkan pulang namun kembali ‘ditahan’ ekoran masalah acid reflux.

Jumaat lalu, Kely memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan Pele tersenyum berserta kapsyen "two steps forward" after a "little step back".

“Saya tidak tahu apa desas desus di luar sana tetapi DM saya dipenuhi mesej. Terdapat gegelisahan dan kami tidak mahu jadi penyebab.

“Gambar ini baharu saja diambil. Dia (Pele) sedang melalui pemulihan dengan cukup baik.

“Selepas pembedahan, ia adalah normal bagi setiap individu seusiannya jika melalui situasi yang baik atau pun makin buruk.

“Saya ingin ucapkan terima kasih dan pasukan di sini (hospital) sentiasa berikan khidmat yang baik.”

Pele dipindahkan ke unit rawatan rapi selepas menjalani pembedahan mengeluarkan tumor usus.

Sejurus dikeluarkan daripada unit rawatan rapi, Pele menyampaikan mesej kepada peminatnya yang dia sudah bersedia dengan kapsyen "90 minutes, plus extra time” (Sedia bermain 90 minit termasuk masa tambahan). — Mirror

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

pele, brazil hospital,

Artikel Sebelum

Gaji Messi dibayar dengan kripto

Artikel Lain