PENYERANG Adana Demirspor, Mario Balotelli meledak gol ketika pasukannya terikat 3-3 dengan Besiktas namun gaya meraikan jaringannya lebih mencuri perhatian. Sejurus menjaringkan gol, bekas pemain Manchester City dan Liverpool itu menuju ke arah pengendali Besiktas, Sergen Yalcin sebelum bertindak mempersendakan pengurus itu. Balotelli meletakkan tangannya di kepala sebagai reaksi balas selepas Yalcin pernah memberikan komen dan menggelarkannya sebagai pemain yang tidak memiliki ‘otak’. View this post on Instagram A post shared by Mario Balotelli Barwuah Selepas perlawanan, Presiden Adana Demirspor, Murat Sancak meletakkan kesalahan kepada kedua-dua pihak, Balotelli dan Yalcin. “Saya berharap ia tidak berlaku. Komen Sergen Yalcin dan apa yang dilakukan Balotelli adalah tidak betul,” kata Sancak. Yalcin sendiri menyatakan dia terkejut dengan tindakan Balotelli dan berkata, ia mungkin berkait rapat dengan kekecewaan penyerang itu tidak dapat menyertai Besiktas. “Ini pertama kali saya melihat pemain melakukan seperti ini kepada pengurus. “Saya tidak faham kenapa dia melakukannya dan mungkin sebab dia tidak dapat sertai Besiktas, tahun lalu. Dia menunjukkan personalitinya,” kata Yalcin. Pada 2013, ketika bersama Manchester City mengharungi pra musim menentang LA Galaxy, Balotelli bertindak melakukan ‘backheel’ hingga mengundang rasa marah kepada pengurus ketika itu, Roberto Mancini. Yalcin yang bertugas selaku pengulas turut melabel Balotelli sebagai pemain tidak memiliki otak. “Dia tidak memiliki otak. Jika saya berada di tempat Mancini, saya akan pecatnya,” kata Yalcin dalam ulasan perlawanan berkenaan. – Goal.com[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]