suria

Arteta dipersoal angkara layanan buruk terhadap Saliba

ARTETA dilihat langsung tidak membuka peluang kepada Saliba untuk beraksi bersama Arsenal. — Agensi

BEKAS bintang Saint-Étienne, Loïc Perrin mempersoalkan keputusan pengurus Arsenal, Mikel Arteta kerana membiarkan pemain tengah kelab London itu, William Saliba dipinjamkan ke Marseille.

Jelasnya, dia hairan kenapa The Gunners tidak menurunkan pemain itu walaupun untuk sekali perlawanan di Stadium Emirates.

"Saya pernah bermain dengan Saliba semasa di Saint-Etienne, dia seorang pemain yang baik.

"Dia sentiasa peka dalam permainan dan saya tidak faham bagaimana mereka tidak mencubanya sekurang-kurangnya sekali," katanya.

Tambahnya dia percaya jika Saliba kekal bersama Arsenal, dia mampu membantu pasukan itu untuk mencapai kejayaan dalam perlawanan musim ini.

Arsenal menandatangani William Saliba dari Saint-Étienne pada tahun 2019 ketika pengurus pasukan ketika itu, Unai Emery bertugas di Emirates.

The Gunners kemudiannya segera membenarkan pemain pertahanan itu kembali ke pasukan Ligue 1 itu secara pinjaman.

Namun sekembalinya Saliba ke Emirates, Emery tidak lagi berada di kelab dan digantikan oleh Mikel Arteta.

Pemain berusia 20 tahun itu dilihat tiada dalam perancangan Arteta pada separuh pertama musim lalu sebelum dihantar secara pinjaman ke Nice ketika jendela perpindahan pemain pada Januari.

Saliba kemudiannya sekali lagi dipinjamkan ke Marseille sejurus sebelum jendela perpindahan ditutup pada Ogos.

Pengurus Marseille, Jorge Sampaoli memuji pemain milik Arsenal itu dan menambah pasukannya bernasib baik memilikinya.— Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Saliba, Arteta, Arsenal, Saint-Étienne

Artikel Berikut

Kepa hero Chelsea - Tuchel

Artikel Lain