suria

Peninju jelita rai ulang tahun kelahiran, akhirnya dedah wajah kembar tak seiras

Ebonie (kanan) bersama kembarnya ketika meraikan ulang tahun kelahiran ke-35 baru-baru ini.

PENINJU sensasi Ebonie Bridges meraikan hari ulang tahun kelahiran ke-35 dengan mendedahkan pasangan kembarnya yang memiliki wajah tak seiras.

Foto wajah kembar lelakinya itu turut dikongsi ke media sosial yang mana ia tidak diketahui sebilangan peminatnya sebelum ini.

Dua kembar itu kelihatan cukup berbeza apabila Ebonie memiliki rambut blonde manakala kembarnya berambut warna gelap.

"Gembira meraikan hari ini dengan manusia yang hebat. Sayang kamu. Selamat hari lahir untuk kita," tulisnya di Instagram.

Untuk rekod, peninju wanita itu mula meraih perhatian ramai selepas muncul dalam perlumbaan di Amerika sekitar 18 bulan lalu.

Malah, peninju Australia itu turut menyertai tiga perlawanan di England baru-baru ini.

Dia kini memiliki hampir 300,000 pengikut di Instagram. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain