suria

Berang ibu dicaci, Alvarez hayun penumbuk singgah tepat di muka Plant pada sidang media

ALVAREZ (kiri) dan Plant 'melancarkan' perang psikologi sebelum sesi sidang media di Beverley Hills, California, AS pada Selasa lalu. — AFP

SESI sidang media antara petinju Canelo Alvarez dan Caleb Plant menjadi hangat selepas berlaku pergaduhan kecil di antara mereka.

Pada mulanya, kedua-dua petinju berkenaan bersemuka antara satu sama lain dan tidak lama selepas itu, Alvarez mula menolak Plant.

ARTIKEL BERKAITAN: "Satu pusingan dah cukup" - YouTuber yakin tumbangkan bekas juara UFC

ARTIKEL BERKAITAN: Ikut jejak langkah datuk, cucu Muhammad Ali menang pertarungan profesional pertama melalui TKO

Plant kemudiannya cuba melayangkan tumbukan ke wajah Alvarez namun tidak berjaya.

Selepas itu, Alvarez membalas balik 'serangan' tersebut dengan melepaskan dua tumbukan ke arah Plant.

"Dia mula bercakap banyak, lalu mencaci ibu saya. Anda boleh bercakap apa sahaja, cuma jangan membabitkan ibu saya," kata Alvarez.

Bagaimanapun, Plant mengaku tidak tahu punca Alvarez menjadi berang dan menolaknya.

"Saya rasa ada sedikit salah faham tentang bahasa digunakan. Saya tidak tahu mengapa dia menolak saya," ujar Plant.

Akibat pukulan Alvarez, Plant mengalami kecederaan kecil di wajahnya.

Kedua-dua petinju tersebut akan bertembung pada 6 November di MGM Grand Garden Arena, Nevada, Amerika Syarikat (AS).

Dalam pertembungan itu, Alvarez akan mempertahankan gelaran WBA (Super), WBC dan WBO kelas super middleweight manakala Plant mempertaruhkan gelaran IBF. — Detik

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Canelo Alvarez, Caleb Plant, tinju, WBA, tumbuk

Artikel Lain