BERMULA daripada keinginannya untuk melakukan aktiviti zumba, kisah perjalanan petarung seni bela diri campuran (MMA) wanita dari Brazil, Victoria Souza amat unik. Semuanya bermula ketika Souza bekerja sebagai akauntan semasa usianya baru menginjak 16 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Conor McGregor hampir temui ajal di tangan Khabib ARTIKEL BERKAITAN: Khabib buka lebih banyak akademi lahirkan jaguh seni bela diri Bagaimanapun, Souza mengalami tekanan akibat persekitaran pekerjaan dan mahu mendaftarkan dirinya dalam kelas zumba. Bagi Souza, zumba adalah cara terbaik untuk dia lebih tenang selepas bekerja. "Sayangnya, gimnasium yang saya kunjungi tidak mempunyai kelas zumba. Beberapa orang di sana menyarankan saya untuk berlatih sena bela diri Muay Thai, jadi saya berminat dan tertarik untuk mencubanya," ujar Souza. Souza pada mulanya bergelut kerana dia tidak memiliki asas dalam seni bela diri. Malah, dia tidak mengetahui perbezaan peraturan antara MMA dan Muay Thai. "Saya menonton di televisyen menendang lawan yang sudah terbaring dibenarkan. Saya tidak tahu peraturan itu tidak dibenarkan dalam Muay Thai," katanya lagi. Dari situ, Souza mula memupuk minatnya terhadap dunia seni bela diri dan mempelajari pelbagai seni bela diri dari masa ke masa. Souza kemudiannya terjebak dalam kancah MMA di Brazil dan berjaya memenangi lima pertarungan setakat ini. Dia akan melakukan debut dalam One Championship menentang Victoria Lee pada Jumaat. — Detik Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI