suria

Demi Ansu Fati, Man.City tergamak buang dua pemain bintang

ANSU Fati menjadi buruan Manchester City untuk dibawa masuk ke Etihad pada jendela perpindahan dibuka semula pada Januari tahun depan. — Agensi

MANCHETSER City menyenaraikan Raheem Sterling sebagai ‘umpan’ untuk ditukar bagi mendapatkan bintang muda Barcelona, Ansu Fati, menurut laporan di Sepanyol.

Fati, 18, dilabel sebagai salah seorang pemain remaja berbakat di Eropah dan pernah dikaitkan dengan Manchester United.

Tetapi kini pengurus City, Pep Guardiola menzahirkan minatnya dengan menyediakan dua pemain sebagai ganti.

Sterling dan Bernando Silva disenaraikan dalam dua pemain itu dan menurut laporan SPORT, Fati dibenarkan untuk meninggalkan Camp Nou sekiranya Barcelona mendapat tawaran lumayan.

Laporan itu turut menambah yang Barcelona meminta Sterling dan Silva ketika masa depan dua pemain itu tidak lagi menentu di Etihad.

Sterling berdepan risiko tersisih selepas ketibaan Jack Grealish manakala Silva memburu cabaran baharu.

Walaupun perbincangan sebelum ini gagal, City mungkin menghidupkan semula minat mereka untuk membawa masuk Fati pada Januari tahun depan. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Manchester city, barcelona, sterling

Artikel Lain