suria

Bermain dalam tempoh 48 jam ujian sebenar Kuching City

EMPAT aksi dari Kumpulan A dan B akan buka tirai Piala Malaysia, pada malam Ahad.

EMPAT perlawanan pertama Piala Malaysia daripada Kumpulan A dan B akan membuka tirai saingan, malam Ahad.

Selangor akan melayan kunjungan Perak di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan paling mencuri perhatian adalah ‘kepulangan semula’ Irfan Bakti Abu Salim bersama Kuching City untuk menentang bekas majikannya, Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Selepas cukup disayangi peminat skuad Peteh sebelum ini, kehadiran Irfan Bakti kali ini cukup menghadirkan rasa resah kepada kem Terengganu.

Namun ujian sebenar Irfan Bakti pastinya lebih menjurus kepada mempersiapkan pasukan ketika kehadiran mereka ke Kuala Terengganu tanpa rehat yang cukup.

irfan

Irfan Bakti (dua dari kiri)

Ia berikutan Kuching City terpaksa mengharungi perjalanan sejauh hampir 600 kilometer (km) untuk ke Kuala Terengganu dari Johor, hanya menaiki bas.

“Antiklimaks, kami terpaksa bergerak ke Terengganu,” kata Irfan Bakti selepas tamat perlawanan menentang Kelantan United di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, pada Jumaat.

“Saya rasa sains sukan pun tidak galakkan (bermain) dalam 48 jam. Kami terpaksa rehatkan beberapa pemain utama (pada aksi menentang Kelantan United).

“Kalau tidak parah kami untuk hadapi perlawanan pertama Piala Malaysia. Dalam bola sepak dan Piala Malaysia, apa-apa boleh jadi,” katanya.

Pulau Pinang akan menentang Sarawak United di Stadium Bandaraya, Kuala Lumpur City bertemu Sri Pahang di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain