KELEWATAN Lewis Hamilton menekan brek ketika memasuki pit bagi menukar tayar jenterannya menyaksikan pelumba itu terlanggar salah seorang daripada mekanik pasukan Mercedes. Bagaimanapun, pelumba dari Great Britain itu menegaskan yang ‘jantungnya hampir terkeluar’ (rasa bimbang) ketika dia memasuki ruang pit seperti biasa yang pernah dilakukannya pada perlumbaan sebelum ini. Rentetan daripada perlanggaran itu, mekanik berkenaan dilihat terpelanting ke bahagian belakang namun segera bangkit dan menunjukkan isyarat tidak mengalami sebarang kecederaan. “Maaf. Adakah dia OK?,” tanya juara dunia tujuh kali itu. “Untuk semua yang bertanya, petugas kami OK,” kata pegawai Mercedes di laman sosial Twitter selepas ramai yang mula mengambil tahu keadaan mekanik terbabit. Hamilton juga turut menggunakan Instagram untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. “Saya yakin ini adalah kali pertama sejak 14 tahun,” katanya yang turut menyertakan video kejadian. “Hati saya berada di mulut dan saya cukup risau. Syukur dia tidak mengalami apa-apa. “Kami semua melakukan kesilapan dan ini adalah sebahagian daripada perjalanan kami. Disebalik insiden itu, Hamilton berjaya mengharungi ses latihan dengan cemerlang apabila merekodkan masa kedua terpantas dibelakang rakan sepasukannya, Valtteri Bottas. — Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI