suria

"Umur 40 tahun belum cukup tua..." Ole yakin kemampuan Ronaldo

DISIPLIN dan penjagaan diri yang diamalkan Ronaldo membolehkannya beraksi di pentas tertinggi pada usia 40 tahun. — Agensi

KEPULANGAN semula Cristiano Ronaldo ke Manchester United nyata beri impak besar apabila berjaya meledak dalam kesemua tiga perlawanan awal disertainya.

Dengan prestasi hebat dijelmakan bintang dunia dari Portugal itu, pengurus Man United, Ole Gunnar Solskjaer yakin yang Ronaldo mampu beraksi di pentas tertinggi sehingga usia 40 tahun.

Sekali pun bakal mencecah usia 37 tahun Februari ini, dengan rekod empat gol dalam tiga perlawanan awal membuktikan kualiti yang ada pada Ronaldo.

Solskjaer menjelaskan yang Ronaldo sentiasa mengekalkan kondisi fizikalnya pada tahap terbaik dan mampu bermain untuk beberapa tahun lagi.

“Saya langsung tidak terkejut jika dia masih bermain pada usia 40 tahun. Kuncinya adalah bagaimana dia menjaga dirinya.

“Dia layak untuk dapat pujian yang dia dapat. Ketika dia sudah capai apa yang diperolehinya sekarang, dia masih lagi ‘laparkan’ kejayaan.

“Mentalitinya masih hebat dan akan teruskannya sehingga kaki atau pun kepalanya berkata tidak,” kata Solskjaer. – Goal.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain