suria

Raducanu 'intai' jurulatih lebih ternama

EMMA Raducanu ‘berpisah’ dengan Andrew Richardson untuk mencari jurulatih lebih berpengalaman luas di pentas tertinggi. — AFP

JUARA Terbuka Amerika Syarikat, Emma Raducanu ‘berpisah’ dengan jurulatihnya, Andrew Richardson untuk mencari mentor baharu yang lebih berpengalaman luas di pentas tertinggi.

Sebelum ini, Raducanu dilatih Richardson di Pusat Tenis Bromley hingga menjulang kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat.

Belum dapat menggambarkan dengan siapa Raducanu akan bergandingan dan di sebalik kejayaan luar biasa diraih, pemain 18 tahun itu ambil keputusan untuk mendapatkan jurulatih yang lebih berpengalaman di pertandingan WTA Tour.

ARTIKEL BERKAITAN: Raih markah paling rendah, atlet luncur ais India tetap gembira... impian beraksi di Rusia tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya bukan 'fanboy' Pep..." Tuchel akui sering makan malam bersama

“Di mana kedudukan saya selepas Wimbledon? Saya berada di ranking 200 dunia dan ketika itu Andrew menjadi jurulatih yang hebat ketika kami cuba ke pertandingan di Amerika Syarikat.

“Saya tidak pernah bermimpi untuk memenangi Terbuka Amerika Syarikat dan sekarang saya berada di ranking 22 dunia. Ini sesuatu yang hebat bagi diri saya.

“Ketika ini saya memerlukan seseorang yang memiliki pengalaman di WTA Tour. Ini bermakna saya sedang mencari seseorang yang sudah pun berada di tahap itu dan tahu apa yang diperlukan.

“Saya memerlukan individu yang sudah melaluinya dan boleh bimbing saya,” katanya.

Walaupun seakan sedang memerhatikan berita Darren Cahill yang kini bergelar ejen bebas selepas berpisah dengan Simona Halep, Raducanu mengatakan yang dia belum ada senarai calon siapa yang bakal dipilih sebagai jurulatih. — Sky Sports

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain