PEMAIN Manchester United, Cristiano Ronaldo memujuk cef kelab untuk memasukkan makanan pilihannya dalam menu latihan di kantin. Bintang berusia 36 tahun itu meneruskan caranya di peringkat tertinggi dan keyakinannya untuk beraksi di padang hingga berusia 40-an. Caranya adalah diet khusus yang membolehkan beliau makan hingga enam kali sehari. Ronaldo diminta oleh mereka yang bertugas di kantin di pusat latihan Carrington untuk menyenaraikan makanan yang pilihannya. Ini termasuk stew tradisional Portugal yang dinamakan Bacalhau, yang mengandungi ikan masin dan telur, hidangan yang dianggap diterima baik oleh rakan sepasukannya. Bagaimanapun, sejumlah hidangan lain tidak begitu popular. Bercakap kepada The Sun, sumber Manchester United berkata: "Dia juga suka sotong kurita, tetapi kebanyakan pemain tidak menyukainya, walaupun ia bagus untuk Ronny!" "Cristiano sangat menyukai protein, seperti ham, telur dan alpukat, dan tukang masak berusaha untuk memastikan dia merasainya seperti di rumah." Diet yang diikuti Ronaldo begitu efektif, sekali gus menambah keyakinan kepada bintang Manchester United itu bahawa beliau mampu beraksi dengan baik sehingga usianya 40-an. Bagaimanapun, pilihan makanan Ronaldo nampaknya bukan menjadi citarasa rakan pasukannya. - Mirror UK Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI