suria

Bimbang kesihatan ibu, Kyrgios rancang bersara lebih awal

KYRGIOS mahu bersara awal berikutan keadaan kesihatan ibunya yang tidak mengizinkan. — Agensi

NICK Kyrgios mengulangi isyaratnya untuk bersara awal dari dunia tenis, selain menegaskan Piala Laver pada tahun ini mungkin yang terakhir.

Pemain Australia berusia 26 itu juga mengakui, bahawa musimnya untuk beraksi dalam sukan itu juga sudah berakhir.

Kyrgios tewas di tangan pemain nombor 3 dunia, Stefanos Tsitsipas dengan mata 6-3, 6-4 di Boston pada Sabtu.

Kyrgios berkata, pertembungan dengan bintang Greece itu memberi ruang kepadanya untuk musim ini dan seterusnya.

“Ini mungkin Piala Laver terakhir saya. Saya tidak tahu berapa lama saya akan bermain tenis.

“Ini adalah acara terakhir saya tahun ini iaitu menjelang Terbuka Australia kelak.

“Ibu saya tidak sihat dan saya ingin pulang dan melihatnya,” katanya.

Kyrgios dapat bersaing di pentas dunia dengan selesa selama lebih satu dekad, seperti dibuktikan oleh pemain veteran seperti Roger Federer, Rafael Nadal, Stan Wawrinka dan pasangan beregu Isner, yang kesemuanya berumur 35 tahun ke atas.

Sebelum ini, Kyrgios menyatakan keinginannya untuk bersara pada usia 30 tahun.

“Selama saya berada di gelanggang, saya akan berusaha dan memberikan yang terbaik.

“Tetapi, saya tidak akan berbohong bahawa saya merancang untuk bermain dalam empat atau lima tahun lagi,” katanya.

Setelah mara ke pusingan ketiga di Terbuka Australia dan Wimbledon tahun ini, bekas pemain nombor 13 dunia itu berada di ambang kejatuhan setelah menduduki carta hampir ke-100.

Kedudukannya ketika ini adalah ke-95, terendah sejak Jun 2014. — Fox Sports

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Tenis, Kyrgios, Tsitsipas

Artikel Lain