suria

Sepupu jaguh MotoGP maut kemalangan dalam perlumbaan

Dean Berta Vinales terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan sokongan di Kejuaraan Superbike Dunia di Litar Jerez.

SEPUPU kepada pelumba MotoGP, Maverick Vinales, Dean Berta Vinales, 15, maut dalam satu kemalangan ketika siri perlumbaan sokongan di Kejuaraan Superbike Dunia di Litar Jerez, Sepanyol.

Dean Berta yang menunggang jentera pasukan Vinales Racing Team terbabit dalam kemalangan bersama tiga lagi pelumba lain hingga memaksa pengarah perlumba mengangkat bendera merah.

“Selepas kemalangan serius pada perlumbaan pertama WorldSSP300, dukacita memaklumkan Dean Berta Vinales mengalami kecederaan.

“Pelumba itu mengalami kecederaan di bahagian kepada. Kenderaan pasukan perubatan tiba di lokasi dan pelumba dirawat di litar, dalam ambulan dan di pusat perubatan litar.

“Walaupun kakitangan perubatan sudah melakukan usaha terbaik untuk menyelamatkannya, dukacitanya pusat perubatan umumkan yang Berta Vinales meninggal dunia,” menurut kenyataan World Superbike.

Rentetan kejadian itu, baki perlumbaan terpaksa dibatalkan.

“Kami sedih dengan tragedi kehilangan @DeanBerta21 yang terbabit dalam kemalangan pada Race 1 #WorldSSP300,” tulis laman sosial Twitter MotoGP.

“Sampaikan mesej dan beri kekuatan kepada Maverick Vinales dan seluruh keluarga Dean, pasukannya dan juga insan tersayang.”

Dalam pada itu, juara MotoGP enam kali, Marc Marquez turut menyampaikan takziah atas apa yang berlaku. – The Guardian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain