suria

Keluarga Maldini cipta rekod Serie A

DANIEL (kanan) meraikan jaringan golnya ketika menentang Spezia pada Sabtu. — Reuters

PEMAIN AC Milan, Daniel Maldini mencipta rekod Serie A baharu selepas menjaringkan gol sewaktu membantu kelab itu menewaskan Spezia 2-1 pada Sabtu.

Selain merupakan jaringannya yang pertama dalam Serie A, gol tersebut juga meletakkan 'keluarga Maldini' sebagai keluarga pertama dalam liga terbabit yang berjaya mencetak gol daripada tiga generasi berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kawan kini lawan... Abraham, Tomori bersemuka semula di Serie A

ARTIKEL BERKAITAN: Nombor jersi pun boleh 'bersara' daripada bola sepak

Datuk kepada Daniel iaitu Cesare merupakan generasi pertama yang mencetak gol untuk Milan sewaktu bermain bersama kelab tersebut antara 1954 hingga 1966. Gol terakhirnya di Milan disumbangkan ketika menentang Catania pada 1961.

Generasi kedua Maldini di Milan iaitu Paolo, bermain di kelab berkenaan pada 1984 hingga 2009 dan gol terakhirnya dilakukan pada Mac 2008 sewaktu menentang Atalanta.

Paolo kini menjadi pengarah Milan dan turut menyaksikan perlawanan pada Sabtu.

Daniel, 19, menjaringkan gol pendahuluan buat Milan pada minit ke-48 sebelum Spezia menyamakan kedudukan menerusi jaringan Daniele Verde pada minit ke-80.

Penyerang Milan, Brahim Diaz menyelamatkan maruah Milan apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-86.

Pengendali Milan, Stefano Pioli memuji impak yang ditonjolkan oleh Daniel tetapi mengingatkan bahawa pemain tersebut masih mampu menunjukkan aksi lebih baik pada masa akan datang.

"Hal yang penting buat Daniel adalah dia memiliki bakat. Tekniknya bagus, begitu juga visinya terhadap permainan.

"Namun dia perlu lebih cepat dan intensif dalam melepaskan diri daripada kawalan pihak lawan," ujar Pioli. — Detik

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain