suria

10 penerima gaji termahal Liga Perdana Inggeris

Cristiano Ronaldo muncul pemain yang menerima gaji paling mahal dalam Liga Perdana Inggeris.

RUNDINGAN kontrak baharu kini masih lagi berjalan antara Liverpool dan bintangnya dari Mesir, Mohamed Salah.

Salah juga pasti mengharapkan kata sepakat yang dicapai nanti mampu meletakkan namanya dalam senarai 10 penerima gaji terbesar di Liga Perdana Inggeris.

Dengan baki kontrak dua tahun lagi, Salah impikan pendapatan £200,000 (RM1.14 juta) seminggu yang diterimanya dapat dinaikkan.

Ketika ini, dalam senarai 10 penerima gaji terbesar, bayaran £290,000 (RM1.66 juta) adalah nilai terendah dengan lima muka baharu sudah pun berjaya menyelit masuk dalam kelompok itu.

Berikut adalah senarai 10 pemain dengan gaji tertinggi di Liga Perdana Inggeris.

10. Paul Pogba (£290,000)

Pemain ini mungkin tidak akan berada dalam senarai ini lebih setahun dan kini pendapatannya masih lagi bersandarkan kepada kontrak lama.

9. N’Golo Kante (£290,000)

Dilabel sebagai pemain tengah bertahan terbaik di dunia dan jumlah itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika Kante muncul sebagai penerima gaji terbesar di Liga Perdana Inggeris.

8. Raheem Sterling (£300,000)

Pemain ini mungkin tidak berada pada tahap prestasi terbaik ketika ini dan sama seperti Kante, kontraknya kini berada pada tahun terakhir hingga tamat musim ini.

7. Jack Grealish (£300,000)

Sesi perpindahan pada musim panas kali ini beri impak besar kepada senarai penerima gaji tertinggi dan penghijrahan ke Manchester City menyenaraikan Grealish ke dalam kelompok penerima bayaran tertinggi.

6. Romelu Lukaku (£325,000)

Keputusan Chelsea untuk membawa masuk semula bekas penyerangnya ini ke Stamford Bridge mengheret nama Lukaku ke dalam senarai 10 penerima gaji terbesar.

5. Raphael Varane (£340,000)

Kontraknya sehingga 2025 menyaksikan pemain dari Perancis ini muncul sebagai pertahanan bergaji paling tinggi dalam Liga Perdana Inggeris.

4. Jadon Sancho (£350,000)

Sama seperti Varane, penghijrahan Sancho ke Manchester United dari Borussia Dortmund menyaksikannya muncul pemain sayap bergaji paling mahal dalam Liga Perdana Inggeris.

3. David de Gea (£375,000)

Menandatangani kontrak September 2019 terus meletakkan namanya sebagai penerima gaji termahal. Sama seperti Sacho dan Varane, De Gea adalah penjaga gol bergaji termahal di Liga Perdana Inggeris.

2. Kevin De Bruyne (£400,000)

Ikatan kontrak baharu menyaksikan namanya muncul wakil tunggal yang bukan pemain Manchester United berada di kelompok lima teratas.

1. Cristiano Ronaldo (£510,000)

Siapa lagi kalau bukan kapten Portugal ini yang mengunguli carta penerima gaji terbesar dan kepulangan semula ke Manchester United terus memintas pemain lain sebagai penerima gaji paling mahal di Liga Perdana Inggeris. — Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain