ISTERI kepada pemain Manchester United, Anthony Martial iaitu Melanie 'bersetuju' seandainya Zinedine Zidane menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus kelab tersebut. Melanie baru-baru ini memberi tanda 'suka' kepada satu komen di akaun TikTok miliknya yang berbunyi: "Beritahu Martial, matahari akan bersinar kembali sebaik Zidane tiba." ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau tak tahu, lebih baik diam" - Solskjaer tempelak Ferdinand ARTIKEL BERKAITAN: Solskjaer akan dipecat jika gagal menang trofi Ketibaan Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho ke United pada musim ini jelas membantutkan rentak permainan Martial. Tambahan pula, Solskjaer lebih gemar memilih Mason Greenwood dalam kesebelasan utama berbanding dia. Prestasi Martial dipertikai para peminat selepas hanya meledak empat gol pada musim 2020/21 dan gagal merekodkan sebarang jaringan dalam enam penampilan pada musim 2021/22. Martial dikhabarkan mungkin memilih untuk mencari kelab baharu menjelang jendela perpindahan pada Januari bagi mencerahkan peluangnya beraksi dalam skuad kebangsaan Perancis pada kejohanan Piala Dunia tahun hadapan. Dalam pada itu, masa depan Solskjaer mula menjadi tanda tanya selepas kelab tersebut tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir. Beberapa pengurus mula dikaitkan sebagai calon pengganti Solskjaer, antaranya Zidane dan Antonio Conte. United bakal bertemu Villareal pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Khamis dan tentunya mahu menebus maruah tewas di tempat sendiri kepada Aston Villa 1-0 pada Sabtu lalu. — Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI