BINTANG Paris Saint Germain, Lionel Messi belum pasti akan diturunkan dalam kesebelasan utama skuad itu ketika melayan kunjungan Manchester City di Parc des Princes dalam aksi peringkat kumpulan A Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada pagi Rabu. Messi terlepas dua perlawanan terakhir liga Perancis selepas mengalami kecederaan lutut ketika menentang Lyon pada 20 September lalu. ARTIKEL BERKAITAN: "Di mana Leo Messi?" - Barcelona terkena 'jampi' penyokong Cadiz ARTIKEL BERKAITAN: Messi mampu kembalikan nostalgia gandingan berbisa MSN bersama PSG "Keadaan Messi bagus. Saya rasa akan menyertai skuad pada Rabu tetapi saya belum memutuskan sama ada dia disenaraikan dalam kesebelasan utama atau tidak. "Kami akan mengesahkannya esok," kata pengurus PSG, Mauricio Pochettino. Messi pada awalnya dijangka berehat lama akibat kecederaan tersebut tetapi dia mula menjalani latihan semua pada awal minggu ini. Walaupun Messi belum merekodkan sebarang gol atau bantuan hantaran sejak menyertai PSG, namun kelibatnya ketika menentang City bakal ditagih. Sebagai rekod, Messi berjaya meledak tiga gol dan meraih lima kemenangan dalam enam perlawanan menentang City pada saingan UCL sepanjang kariernya. Pertemuan kedua-dua pasukan itu juga merupakan 'reunion' pertama antara Messi dan pengurus City, Pep Guardiola sejak pemain berkenaan meninggalkan Barcelona. — Detik Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI