suria

"Selamat tinggal dunia tinju..." Ucapan akhir Pacquiao penuh emosi

MANNY Pacquiao akhirnya umum bersara dalam dunia tinju pada usia 42 tahun — Reuters

JAGUH tinju Filipina, Emmanuel 'Manny' Pacquiao mengumumkan persaraan dari dunia tinju pada malam Selasa, sekali gus kekal menjadi satu-satunya petinju bergelar juara dalam lapan divisyen yang berbeza.

Pacquiao membuat pengumuman itu menerusi satu video berbahasa Inggeris dan bahasa asalnya, Tagalog.

"Sukar bagi saya untuk menerima kenyataan bahawa hidup saya sebagai petinju sudah berakhir," kata Pacquiao.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu dikecam hebat, kini Jorginho makin disayangi peminat Chelsea

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun jaringan dibuka, Messi kini terus lakar rekod

"Hari ini saya mengumumkan persaraan. Saya tidak pernah terfikir hari ini akan tiba.

"Saya mahu berterima kasih kepada seluruh dunia terutamanya rakyat Filipina kerana menyokong Manny Pacquiao.

"Selamat tinggu dunia tinju. Terima kasih kerana ubah hidup saya. Keluarga saya pernah susah dan anda bagi kami harapan.

"Anda juga bagi kami peluang untuk berjuang keluar daripada kemiskinan. Kerana anda, saya mampu memberi inspirasi kepada seluruh dunia," katanya dalam video itu.

Baru-baru ini, Pacquiao mengumumkan beliau akan bertanding untuk merebut jawatan presiden pada 2022.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi banyak pihak yang berteka-teki sama ada senator tersebut berhasrat untuk mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Presiden Rodrigo Duterte selepas hubungan kedua-duanya semakin dingin sejak beberapa bulan lalu.

"Masanya sudah tiba. Kami bersedia untuk merebut jawatan tertinggi negara," katanya selepas beliau menerima pencalonan puak penentang dalam parti pemerintah, PDP-Laban. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain