BINTANG Argentina, Lionel Messi akhirnya membuka akaun jaringannya bersama Paris Saint-Germain ketika membantu kelab Perancis itu meraih kemenangan 2-0 ke atas Manchester City di Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. Bermain buat kali keempat sejak menyertai pasukan, Messi membuktikan kemenangan itu menghadiahkan malam gemilang buat kelab dan juga dirinya. Malah jaringannya juga merupakan gol ke 17 berturut-turut Messi dalam kempen Liga Juara-Jaura, menyamai rekod yang dilakukan Karim Benzema. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu dikecam hebat, kini Jorginho makin disayangi peminat Chelsea Golnya itu juga adalah jaringan ke 27 dalam 35 perlawanan menentang kelab Liga Perdana Inggeris di saingan Liga Juara-Juara, berkelebihan 15 gol berbanding pemain lain. Ia juga menjadi jaringan ke 121 dalam pertandingan Liga Juara-Juara dan kejayaan ini menyaksikan Messi berterusan menghadiahkan kekecewaan buat bekas pengurusnya, Pep Guardiola. Messi kini menjaringkan tujuh gol dalam lima perlawanan menentang kelab kendalian Guardiola. “Ia menjadi malam sempurna ketika menentang lawan yang hebat. Bagi kami, ia cukup penting untuk memenangi perlawanan ini selepas seri dengan Brugge. “Pastinya saya gembira dapat menjaringkan gol. Saya tidak banyak bermain dan saya hanya bermain sekali di sini. “Saya mula menyesuaikan diri sedikit demi sedikit namun paling penting adalah mengekalkan kemenangan. “Hubungan kami akan bertambah baik dalam setiap perlawanan dan kami akan teruskannya. Kami menang ke atas lawan yang hebat, iaitu finalis musim lalu, -“ kata Messi. – Goal.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI