suria

Hotel penginapan Messi dirompak lima penyamun bertopeng

MESSI dan keluarganya terselamat dalam kejadian rompakan itu. — AFP

HOTEL mewah Le Royal Monceau di Paris, Perancis yang menjadi tempat penginapan sementara bintang Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi dilaporkan berlaku kes rompakan baru-baru ini.

Menurut laporan media antarabangsa, seramai lima orang perompak bertopeng terbabit dalam kejadian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru dua perlawanan, Messi sudah naik tocang tunjuk perangai sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Miliki 13 kereta termasuk Ferrari bernilai RM143 juta, Messi ungguli senarai atlet punyai koleksi kereta termahal

Bagaikan adegan dalam filem aksi, kesemua perompak bergerak di bahagian luar hotel menggunakan tali dan berjaya memasuki sebuah bilik menerusi balkoni yang tidak berkunci di tingkat enam bangunan tersebut.

Messi dan keluarganya pula tinggal di tingkat lima hotel terbabit.

Berdasarkan rakaman kamera keselamatan litar tertutup (CCTV), sebanyak empat buah bilik dirompak oleh suspek.

Difahamkan, wang tunai bernilai ribuan Euro dan barangan kemas mewah antara yang dicuri.

Salah seorang yang mangsa adalah penasihat kewangan dari Dubai. Dia dikatakan meninggalkan biliknya pada malam kejadian dan mendapati sejumlah barang berharganya hilang apabila kembali keesokannya harinya.

Messi dan keluarganya bagaimanapun selamat dalam kejadian berkenaan.

Pemain Argentina itu khabarnya sedang mencari sebuah rumah di Paris yang seakan-akan rumahnya di Barcelona namun masih belum berjaya. — Detik

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Messi, hotel, rompak, Paris, PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain