TOMAS Soucek berkongsi keadaan terkininya bagi melegakan penyokong selepas mukanya terkena but pemain Everton, Salomon Rondon. Pemain Republik Czech itu yang menjaringkan gol pada babak pertama namun dibatalkan kerana ofsaid terpaksa digantikan pada minit ke-78 selepas mengalami kecederaan serius di bahagian muka.Soucek cuba melakukan terjahan ke atas Rondon namun nasibnya kurang baik apabila mukanya terkena but Rondon. Pemain tengah itu mendapatkan rawatan di tengah padang dan berdasarkan gambar yang tersebar menunjukkan bahawa dia mengalami kecederaan di bahagian bawah matanya. Soucek kemudiannya digantikan dengan Craig Dawson. West Ham yang mendahului dengan jaringan hasil tandukan Angelo Ogbonna berjaya mempertahankan kedudukan 1-0 untuk mengutip tiga mata. Selepas perlawanan itu, Soucek berkongsi gambar di kecederaannya itu. Mukanya terpaksa dijahit. Soucek secara berseloroh berkata, 'saya menambah koleksi beberapa lagi jahitan di bahagian muka.' "Saya tidak akan berputus asa dengan apa sebab sekalipun. Kemenangan yang hebat dan teruskan berusaha. Jangan risau, saya masih hidup," katanya. - EchoDapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI