FERNANDO Torres percaya penyerang Liverpool, Mohamed Salah adalah pemain terbaik dunia ketika ini. Bintang Mesir itu mempamerkan aksi cemerlang pada musim ini apabila meledak 15 gol dan membantu jaringan enam gol pasukannya sepanjang 14 perlawanan setakat ini. Pencapaian cemerlang Salah itu sekali gus mencetuskan perdebatan sama ada dia layak digelar pemain terhebat ketika ini dan Torres pantas mengakui bahawa bekas rakan sepasukannya itu kini berada di kemuncak prestasi. "100 peratus. Saya rasa bukan tahun ini sahaja, dua atau tiga musim lalu dia sangat menakjubkan," katanya kepada laman web rasmi Liverpool. Torres dan Salah pernah menjadi rakan sepasukan selama setahun di Chelsea. Torres kini bertukar karier sebagai jurulatih Atletico Madrid, sebaik bersara. - Dailymail.co.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI